Xpdc Cinta Alam Gunung Batu Merah 08

Trip ni dianjurkan oleh Persatuan Rekreasi Luar dan Kecergasan Daerah Baling bagi menutup kelendar 2008 dan seramai 11 pendaki termasuk Guide berjaya sampai ke puncak dengan girangnya seolah2 kanak2 ribena. Trip ni dianggotai oleh ahli2 persatuan (yang berdaftar), pengakap diraja, pendaki2 bebas, dan juga pendaki dari Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB).
Trip ni juga merupakan last minute planning disebabkan plan untuk ke Gunung Batu Putih pada asalnya terpaksa dibatalkan atas sebab2 tertentu. Walau manabagaipun, perjuangan tetap diteruskan dan berjaya jua akhirnya. Tahniah untuk semua pendaki, persatuan dan penyelaras projek (Jack) yang bertungkus lumus untuk menjayakan trip kali ni…
Walauppun 11 orang yang dapat hadir, trip ni tetap happening dan pening (sebab tersasar jalan). Trima kasih kepada peserta yang menjayakan projek ni...

Bowling Gunung 08


Reunion geng-geng segunung/rekreasi/sahabat/kawan2 nya....jadi juga akhirnya...Bowling Gunung 2 ni.. Yang mai sepatunyanya 20 orang....tapi dua orang tak sampai-sampai....kereta rosak katanya...Ada macam-macam stail main bowling......baling longkang....biasa la....yang penting bukan menang kalah...yang penting dapat kumpul ramai-ramai geng-geng segunung ni...dah sekian lama tak berjumpa bolehlah betanya khabar....eratkan tali persahabatan lagi....dah dapat bercerita memori segunung......buat cabutan bertuah...semua dapat...kenangan untuk program ni...Sapa kalah kena belanja mee udang kat pulau sayak...memang sedap kat sini .....best enjoy dengan kawan-kawan...terima kasih semua....jumpa lagi....trening lain....bowling...

Merdeka de' Gunung Bubu 2008

Dari 16 hingga 19 Ogos 2008. Mula mendaki 17 Ogos... Peserta terlibat 8 orang..Best xpdc ni tak banyak karenah kerana 8 orang jer...masing2 tau nk buat pa...projek ni bnyak santai...tido pun bnyak...jdi x la letih sangat...

Xpdc Liang East-West 2008


Hasil daripada perbincangan semasa Xpdc Cinta Alam Gunung Tahan 2007, telah bercadang untuk mendaki gunung liang timur - liang barat. Dari situ lah macam mana xpdc ini mula dirancang...., pi mai...pi mai maka 7 - 9 feb 2008 tarikh yang dipersetujui untuk xpdc ini.Tolak p.. mai....24 orang nak join xpdc kali ini. Ada dua group iaitu satu dari Kuala Lumpur dan satu group lagi dari Kedah....Projek ni....kos perhead dikatakan mahal....x dapat mana-mana bantuan...sendiri la...kos pengangkutan mahal.....biasa la...minatkan....terima kasih kepada semua yang menjayakan xpdc ini...harap jumpa lagi xpdc akan datang...

Xpdc Pra Tahan 2007


Xpdc Pra Tahan 2007 di adakan pada 18 - 19 November 2007 bertempat di Gunung Jerai, Kedah. Para peserta xpdc melalui Lembah Bujang, (Merbok) - Gunung Jerai - Perigi (Yan). Peserta yang terlibat dalam xpdc ini adalah seramai 15 orang.Xpdc ini diadakan adalah untuk persiapan dan latihan bagi Xpdc Cinta Alam Gunung Tahan 2007 yang akan dilaksanakan pada 7 - 18 Disember 2007.

Rakan Muda Kayak Merdeka 2007


Xpdc Rakan Kayak Merdeka 2007 dari Kg.Lalang - Kuala Pegang dilaksanakan sempena sambutan bulan kemerdekaan 2007. Terbahagi kepada tiga komponen iaitu Rakan Cinta Alam, Rakan Kecergasan dan Rakan Masyarakat. Peserta yang terlibat seramai 45 orang.....bukan senang nak buat xpdc seperti ini ....kos tinggi..terima kasih kepada semua yang telah menjayakan xpdc ini...terumata kepada Puan Salmiah, AJK dan semua peserta......jumpa lagi....

Xpdc Cinta Alam Gunung Tahan Rakan Muda 2007


Xpdc Cinta Alam Gunung Tahan Rakan Muda 2007 dianjurkan oleh Pesatuan Rekreasi Luar dan Kecergasan Daerah Baling dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Baling dan Yayasan Sultanah Bahiyah.Diadakan pada 7 hingga 18 Disember 2007. Disertai oleh 22 orang peserta.Ada dari persatuan sendiri dan ada dari kawan-kawan dari luar Baling.....kerja2 dari awal tahun..dari peperwork, cari penaja dan macam2 lagi la.Terima kasih kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Baling dan Yayasan Sultanah Bahiyah kerana tolong sponser...terima kasih kepada kawan-kawan yang mendaki bersama dan terutamanya kepada AJK yang terlibat dan bertukus lumus menjayakan xpdc ini.....diharapkan xpdc ini dapat belajar sesuatu terutamanya erti persahabatan dan keangunan ciptaan Ilahi. harap ia dapat dijadikan iktibar kepada kita tentang kebesaran ilahi....

Xpdc Gunung Stong-Ayam 2006




Perancangan dari awal tahun 2006 tercapai juga...syukur..satu lagi impian menjadi kenyataan...hasil kerja keras para ajk xpdc ini berjalan seperti yang dirancang...terima kasih kepaa JBS Kedah dan YSB kerana memberi bantuan dalam menjayakan xpdc ni....nampak mudah tapi kena bagi full komitmen la....nak buat...akhirnya 27 orang peserta...ikut xpdc ini...terima kasih kepada semua peserta yang menjayakan xpdc ni.....kenangan 2006...

Jelajah Gunung Bayu 2005



Kenangan yang terindah bersama kawan2 tersayang yang sehati dan sejiwa...XPDC dengan kekuatan lebih30 orang..Peserta terdiri daripada ahli2 persatuan, team YSB (Yayasan Sultanah Bahiyah) tenkiu Tunku Puteri pasal banyak sponsor...,dan pendaki2 bebas (lone ranger)..XPDC yang happening walaupun ada yg 1st time naik gunung dan tak kenal sesape..tahniah kepada lone ranger2...Menggunakan bas dan menukar 2 buah trak untuk sampai ke tempat pendakian...Bermalam di Kem Wadok(ala chalet di tengah rimba...mmg bes giler...sebenarnya tu tempat pengkaji2 dan ahli sains untuk wat kajian herba..)..Perjalanan yang mencabar 50 meter terakhir ke puncak..(terkandas lebih 3 jam)...Kawan2 nyaris ditimpa batu2 menumpang yang boleh mengakibatkan terjatuh ke gaung setinggi lebih 2000 kaki..Pendakian 30 darjah terpaksa menggunakan safety dan tali. (ala2 rock climbing)..Pendakian yang hanya berpaut pada rumput2 dan lalang untuk sampai ke puncak...Kegembiraan di puncak di sambut dengan doa dan airmata diatas kejayaan menjejakkan kaki di puncak..Walaupun hampir separuh tak sampai dan terpaksa berpatah balik kerana atas sebab2 risiko dan keselamatan.....
-Tahniah kepada persatuan....

Xpdc Cinta Alam Gunung Bintang 2004

Xpdc Cinta Alam Cinta Gunung Bintang 2004 nie....adalah projek "sulung"untuk pendedahan persatuan tuk penggiat rekreasi di Daerah Baling....projek ni dirancang dalam masa 4 bulan ja..peserta lebih kureng 25 orang...amik masa 4 hari 3 malam(pi-balik)....sumber kewangan dari peserta pasai X sponser...dari awai perancangan sampai abeh projek sepenuhnya oklah...